::Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ~ ::

Konsert Mahabbah Gaza~

Posted in Palestine by setengahberisi on July 11, 2010

Tahun nih genap 9 tahun IKIM.fm. Saya jadi pendengar setia IkIM sejak zaman muda remaja lagi. Kalau tak silap tahun 2001 atau 2002.Masa tu masih di kolej. Diam tak diam dah hampir 10 tahun…

Bersempena sambutan tesebut, diadakan sekali Karnival IKIM.FM, Forum & Konsert Mahabbah Gaza di Stadium Melawati Shah Alam. Semalam kemuncak sambutan la..diadakan Konsert Mahabbah Gaza.
Pengisian Konsert memang sangat menyentuh hati.

Konsert anjuran PRM Global & Saudara Azadan Rabbani sebagai pengarah program. Antara yang mejayakan konsert termasukla Rabbani, Raihan, Saujana, Nowseeheart, Inteam, Rabbani Junior, Ummul Qura & penyampai² radio IKIM.

Yang paling menyentuh hati saya secara peribadi , persembahan kumpulan Nowseeheat semasa menyayikan lagi Damai Yang Hilang. Lead vocal Nowseeheart, Saudara Azahari sebak dan mengalirkan air mata dan tidak dapat meneruskan persembahan; terus Saudara NoorAzman (Ketua Misi LL4G Malaysia Mavi Marmara dari Haluan Palestin) naik ke pentas dan memeluk Azahari. Memang sayu betul rasa. ūüė¶

Lagi satu persembahan dari penyampai radio IKIM. Ustaz Erwan suara memang mantop…diselang seli pulak dengan sajak penyampai2 lain & diakhiri dengan doa dipimpin oleh Ustaz Zamri. Memang berkesan la..

Boleh dianggap sangat berjaya sebab di akhir konsert diumumkan kutipan sebanyak 27 ribu berjaya dikumpul untuk disalurkan pada saudara kita di bumi Gaza. Harap derma yang disalurkan akan berterus selepas ini juga.

Moga infak kita memberikan manfaat di sana dan dihitung di sisi Allah.
Kuatla wahai saudaraku di Gaza. Aku sentiasa bersama kamu!

Yang pertama~

Posted in Uncategorized by setengahberisi on December 28, 2009

Assalamualaikum..Dengan nama Allah..

Alhadulillah. Terbuka juga hati ini untuk menulis sesuatu di alam siber ini. Sebelum ini pelbagai alasan saya beri pada diri untuk tidak mempunyai blog sendiri. Antaranya, leceh untuk mengupdate, keadaan komputer yang tidak berapa sihat, dan sebagainya.

Saya adalah pembaca senyap yang setia di Saifulislam.com & semenjak sebulan lebih ini saya juga menjadi pengikut setia Langitilahi.com, disamping beberapa laman sesawang lain yang semuanya memberi manfaat pada hati & pemikiran saya tiap kali membaca. Setiap entri sangat berisi.  

 Hmm. Tiba-tiba tadi terdetik di hati & saya terus register terus memilih templete , mengexplore sedikit dan terus mula menulis. Inilah yang pertama~

Kenapa?

Nilai positif atau negatif berblog semuanya terpulang kepada diri masing-masing. Bagi saya, selepas, saya “tiada” di muka bumi Allah suatu hari nanti, sekurang-kurangnya apa yang saya tulis, atau yang saya copy paste dari blog lain, yang boleh memberi manfaat pada yang membaca, diharapkan memberi manfaat pada saya juga kelak.

Yang pertama~pasti bukan yang terakhir…InsyaAllah.